Thursday, 10 May 2012

Mengenali Lukisan Oblik

Apakah itu Lukisan Oblik?

Oblik merupakan satu lagi kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam lukisan yang sebenarnya. Kadang kala lukisan oblik ini dikenali sebagai unjuran serong. Kenapakah ini terjadi? Ini disebabkan kita dapat lihat Rajah dibawah menunjukkan perkara yang sebenarnya. Paksi surut / belakang merupakan unjuran serong. Di paksi surut ditunjukan dalam Rajah tersebut, Kita boleh memilih ukuran sudut samada (30 darjah, 45 darjah atau 60 darjah).Paksi mendatar dan menegak akan akan kekal di paksi x dan y. Oblik juga merupakan unjuran selari yang menghasilkan bentuk lukisan 3D.Untuk memahami lebih lanjut mengenai lukisan oblik, kita akan belajar melukis lukisan oblik.


Rajah 2.0 Paksi mendatar.menegak & Paksi bleakang/surut




Bagaimanakah Lukisan Oblik dikukis?

Video 2.1


Lukisan Oblik dilukis berdasarkan ukuran sebenarnya adalah dipanggil sebagai Unjuran Kavalier. Video 2.1 menunjukkan bagaimana lukisan oblik dilukis berdasarkan lukisan ortografik yang diberi dengan menggunakan sudut 30 darjah dan sebgai unjuran Kavelier. Pekara yang pertama perlu kita lihat adalah memahami lukisan ortografik. Memilih pandangan Depan, Atas dan Sisi yang sesuai untuk menjadikannya sebagai lukisan oblik. Cara untuk memilih paksi yang surut adalah berdasarkan kesesuaian bentuk objek dan bilangan objek (details) di permukaanya.


Video 2.2

Video 2.2 Lukisan Oblik (Unjuran Kabinet) menunjukkan Cara untuk melukis Lukisan Oblik (Unjuran Kabinet) . Unjuran Kabinet merupakan ukuran separuh 1/2 daripada ukuran sebenarnya objek dilukis. Hanya bahagian yang paksi surut sahaja yang akan mengalami ukuran 1/2 daripada ukuran sebenarnya. Bahagian-bahagian yang lain adalah sama seperti ukuran sebenarnya. Sebagai contoh dalam Video ini, ukuran sebenar paksi surut adalah 3cm.Apabila melukis unjuran kabinet, paksi surut yang 3cm tadi akan menjadi 1.5cm. Maka kita akan melukis ukuran 1.5cm di lukisan oblik (Unjuran Kabinet). Paksi menegak yang ukuran sebenar 5cm akan tetap dilukis sebgai 5cm.


Video 2.3

Video 2.3 Lukisan Oblik (Unjuran Am) menunjukkan Cara untuk melukis Lukisan Oblik (Unjuran Am) . Unjuran Am merupakan ukuran separuh 3/4 daripada ukuran sebenarnya objek dilukis. Hanya bahagian yang paksi surut sahaja yang akan mengalami ukuran 3/4 daripada ukuran sebenarnya. Bahagian-bahagian yang lain adalah sama seperti ukuran sebenarnya. Sebagai contoh dalam Video ini, ukuran sebenar paksi surut adalah 3cm.Apabila melukis unjuran kabinet, paksi surut yang 3cm tadi akan menjadi 2.5cm. Maka kita akan melukis ukuran 2.5cm di lukisan oblik (Unjuran Kabinet). Paksi menegak yang ukuran sebenar 5cm akan tetap dilukis sebgai 5cm.




Untuk Apakah Lukisan Oblik ini dilukis?

Lukisan Oblik dilukis adalah bertujuan untuk melihat bahgaian atas atau pandangan atas serta kadangkala bahagian sisi..Rujuk Rajah 2.1 menunjukan Unjuran Oblik Kavalier yang bersudut 30 darjah. Apablia sudut adalah kecil, maka pandangan sisi atau serong akan menjadi panjang. Bahagian pandangan atas kita akan melihat dengan jelasnya.

Rajah 2.1 Lukisan Oblik (Unjuran Kavalier)
Rajah 2.2 Lukisan Oblik (Unjuran Kabinet)
Rajah 2.3 Lukisan Oblik (Unjuran Am)
Apabila sudut kecil dan ukuran pada paksi surut adalah 1/2 daripada ukuran sebenarnya. Rujuk Rajah 2.2, maka dapat dikatakan disini ialah pada sudut yang sama tetapi ukuran paksi surut yang berlainan akan mengakibatkan bahagian atas atau pandangan menjadi sukar untuk dilihat. Bahagian atas lebih menghadap ke bawah, Bahagian serong atau pandangan sisi juga akan menjadi pendek.

Bagaimana pula dengan sudut yang berbeza tapi unjuran yang sama?

Rajah 3.1 Unjuran Kavalier bersudut 30 darjah
Setelah kita lihat sebentar tadi bagaimana  pelbagai jenis unjuran oblik yang berbeza dan sudut yang sama mempengaruhi pandangan objek tersebut terutamanya pandangan atas dan sisi. Kita akan lihat Rujuk Rajah 3.1 bagaimana pelbagai sudut yang berbeza mempengaruhi pandangan objek tersebut. Melalui Rajah ini, Kita dapat simpulkan bahawa sudut 30 darjah iaitu sudut yang paling kecil telah menyebabkan bahagian pandangan atas agak ke bawah sedikit dan bahagian paksi serong agak nampak panjang. Untuk membezakan hal ini, kita akan melihat sudut yang sederhana besar daripada yang sebelumnya ini.


Rajah 3.2 Unjuran Kavalier bersudut 45 darjah

Dalam hal ini, Rujuk Rajah 3.2. Unjuran oblik yang sama iaitu kavalier tetapi sudut telah menjadi 45 darjah. Kita dapat lihat bahagian atas atau pandangan atas objek adalah lebih mudah sedikit berbanding dengan unjuran yang bersudut 30 darjah. Sila buat perbandingan antara Rajah 3.1 & 3.2..Bahagian paski surut agak nampak pendek sedikit berbanding dengan unjuran yang bersudut 30 darjah adalah panjang.

Rajah 3.3 Unjuran Kavalier bersudut 60 darjah
Melalui Rajah 3.3, kita dapat simpulkan bahawa sudut yang paling kecil menampakan objek tersebut lebih besar berbanding sudut yang sederhana dan besar. Apabila menggunakan sudut 60 darjah. Kita akan mendapati bahawa bahagian atas atau pandangan atas akan lebih menonjol berbanding dengan sudut yang telah dibincangkan sebentar tadi. Tetapi objek akan kelihatan lebih kecil disebabkan bahagian sisi akan lebih nampak pendek hasil daripada sudut yang besar.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost