Wednesday, 25 April 2012

Lukisan Isometrik vs Unjuran Isometrik


Unjuran Isometrik terjadi kerana kesan kecondongan atau lebih dikenali sebagai foreshortening iaitu jarak yang jauh menyebabkan objek yang asal kelihatan kecil.Ia juga dibezakan melalui sisi objek, iaitu:

a) Lukisan isometrik menggunakan skala biasa iaitu 1:1.
b) Unjuran isometrik menggunakan skala isometrik iaitu hanya 80% pada garisan      isometrik sahaja.

Akibatnya, kedua-dua lukisan yang dibentuk mempunyai bentuk yang sama tetapi bentuk lukisan isometrik adalah lebih besar daripada unjuran isometrik iaitu sebanyak 25%.

Pandangan Lukisan Isometrik

 Langkah-langkah untuk membina pandangan lukisan isometrik adalah:

a) Membentuk atau membina paksi isometri

b) Lukiskan mengikut arah pandangan yang paling kurang melibatkan perubahan aras.

c) Lukiaskan garis unjuran seperti di atas

d) Membentuk atau membina objek isometri

Apakah itu Isometrik?

a)Isometrik berertinya simetri iaitu ia mempunyai skala ukuran panjang, lebar dan tinggi yang sama.

b)Terdapat tiga paksis asas, iaitu paksi tegak dan dua paksi condong

c)Paksi yang menegak adalah paksi tegak yang bersudut 90 degree dengan satar
  mendatar

d)Paksi yang bercondong adalah paksi condong yang bersudut 30 darjah di kiri  kanan paksi


Tuesday, 24 April 2012

Paksi Oblik


uPaksi belakang adalah cenderung kepada paksi  mendatar.

uKebiasaannya ia menggunakan sudut 30,45 dan 60


 l

uPaksi mendatar adalah yang bersudut tepat
 dengan sesuatu garisan pada paksi menegak.

KONSEP LUKISAN OBLIK



  • Lukisan ortografik hanya menunjukkan satu permukaan pelan gambar rajah ortografik.
  • Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan 2 permukaan yang condong berdasarkan kepada condongan sudut objek. 


PERBANDINGAN ANTARA LUKISAN ORTOGRAFIK DENGAN OBLIK

Thursday, 5 April 2012

Langkah melukis Lukisan Unjuran Sudut Ketiga

Melukis langkah demi langkah.....



Gambar 5.0 Animasi langkah demi langkah untuk melukis Unjuran Sudut Ketiga


Di atas sekeping lukisan :
Salah satu kaedah untuk melukis unjuran adalah berdasarkan sudut unjuran seperti berikut :
  1. Garisan X sehingga Y dilukis secara lurus.
  2. Garisan menegak dilukis menyilang garisan X & Y yang bersudut 90 darjah tegak.
  3. Dengan menggunakan sesiku,ukur dan lukis untuk mendapat sudut berdarjah 45.
  4. Lukis pelan sudut pandangan pelan(atas) di bahagian kotak kiri keatas.
  5. Setiap bucu objek diunjurkan ke bawah dan menyentuh garisan X&Y.
  6. Lukis pelan sudut pandangan Hadapan yang diunjur daripada garisan putus-putus di atas.
  7. Garisan yang diunjur mestilah sebaris/selari dengan pelan baru yang kita lukis.
  8. selepas itu, Bucu objek diunjurkan lagi ke sebelah kanan untuk membentuk pelan sudut pandangan sisi.
  9. Pelan sudut pandangan sisi dilukis.
  10. Sekali lagi Pelan daripada pandangan sisi diunjur ke atas untuk menyentuk garisan X&Y seterusnya menyentuh Garisan sudut 45 darjah..Kesemua bucu pelan yang tidak diunjurkan akan diunjurkan ke sebelah garisan sudut tersebut.
  11. Maka,Kita akan membentuk sebuah Lukisan Pelan Unjuran Sudut Ketiga yang tegak dan kemas.


Mana satukah objek yang terhasil daripada pelan diatas ?




Jawapan :





Tutorial Mudah Melukis Unjuran Ortografik Sudut Ketiga CAD 2012 OLEH (DAUS,SHAWAL,TERRY,DAN SHAN )


Tutorial Mudah & Ringkas Membuat Lukisan Ortografik Sudut Ketiga Untuk Tugasan Berkumpulan Blog Reka Bentuk Berkomputer 2012 oleh Shawal, Daus, Terry & Shan (Pendidikan IT Semester 4 2011/2012)

Wednesday, 4 April 2012

Perbezaan Sudut Unjuran

Perbezaan antara Sudut Unjuran Pertama dan Ketiga


Rajah 4.0 Menujukan bagaimana perbezaan pandangan kita ke arah objek tersebut dan seterusnya dilukis ke dinding pelan.

Jadual 4.0 Perbezaan antara Sukuan Pertama dengan Sukuan Ketiga


Unutuk melihat bahagian-bahagian yang dilukis ke dinding....
Satah-satah tersebut akan dipotong melalui Garisan berwarna Merah.
                                                                                 
Akan menghasilkan pelan sebegini...



Rajah 4.3 Pelan Sudut Unjuran Ketiga
Rajah 4.4 Pelan Sudut Unjuran Pertama

  


Tuesday, 3 April 2012

Simbol Sudut Unjuran

Apakah Simbol-simbol yang terlibat?

Simbol Sudut Unjuran Pandangan Pertama   Simbol Sudut Unjuran Pandangan Ketiga 

Darimanakah Simbol-simbol ini?


Bagaimanakah ia dibentuk?


                                 

Untuk apakah simbol ini?

Rajah 3.0 Lukisan Kejuruteraan



Monday, 2 April 2012

Unjuran Ortografik

Unjuran ortografik adalah satu cara untuk melukis objek dari arah yang berbeza. Biasanya pendangan depan, sisi dan pelan telah disediakan supaya orang dapat melihat lukisan disemua bahagian sisi. Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sebuah lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan lukisan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenarnya.

Pelan sudut Unjuran Ketiga

Dalam Unjuran sudut ketiga, satah mendatar(HP) berputar mengikut arah jam,
Tetapi kedudukan mestilah ke atas. Oleh itu, satah mendatar(HP) sentiasa
berada di atas satah menegak(VP).


Rajah 3.0 Sudut-sudut Unjuran pertama(Unjuran Inggeris),kedua,ketiga(Negara Amerika selalu menggunakannya) dan Keempat.


Rajah 3.1 Kedudukan Unjuran apabila diputarkan mengikut arah jam ke atas
Rajah 3.2 Kedudukan HP dan VP apabila diputarkan
PANDUAN ???
VP : Pelan Menegak (Pandangan Hadapan), kebiasaanya dipilih kedudukan
        yang terbaik untuk melihat objek
HP : Pelan Mendatar (Pandangan Pelan/atas)
SVP : Pelan sisi menegak (Pandangan sisi)

Contoh Objek diBentangkan satah menjadi rataan
Rajah 3.3 : Objek sebelum di bentangkan satah menjadi rataan.Berdasarkan Glass Box Interpretatior .Garisan berwarna merah di potong.
Rajah 3.4 : Beberapa bahagian objek telah dipisahkan berdasarkan Pelan Sudut Unjuran Ketiga
Ciri-ciri :
  • Pandangan Hadapan(SVP) di sebelah pandangan Sisi(VP)
  • Pandangan Atas(HP) di atas pandangan Hadapan(SVP)
  • Pandangan Atas(HP) bersebelahan dengan sudut 45darjah



Pengenalan Ortografik

Lukisan Ortografik adalah cara melukis objek tiga dimensi. Biasanya objek yang dilukis dibahagikan kepada 3 pandangan berasingan iaitu pandangan hadapan, sisi dan pelan.




RAJAH 1 : Objek 3D
RAJAH 2 : Objek pada pelbagai pandangan


Pandangan Hadapan : Adalah lukisan blok seolah-olah objek terus berada di hadapan mata.
Pandangan Sisi         : Adalah lukisan blok apabila ia telah diputarkan supaya salah satu sisi kini secara   langsung menghadap hadapan.
Pandangan Pelan     : Pandang mata burung daripada atas.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost